ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Wednesday 25 July 2012

SEMARAKAN RAMADHAN

Bersama keluarga raikanlah Ramadhan. Semarakkan Ramadhan, semarakkan taqwa dan semarakkan infaq. Selamat datang Ramadhan. Semoga kunjunganmu kali ini memberi satu perubahan dan terus memaut erat hati-hati untuk tenggelam dalam dakapanmu yang syahdu. Akan kami hiasi Ramadhan ini dengan nyanyian amal dan pastinya Ramadhan kali ini akan disemarakkan dengan wangian istighfar dan haruman bacaan Al-Quran serta semarak infaq. Semoga ruang dan peluang dalam sebulan ini bermulanya satu perubahan dalam diri kami dan memberi latihan abadi untuk pengendalian hati dan realisasi sebuah pengabdian sejati.

"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku"

Tip Ramadhan:
  • Membaca Al-Quran  -  Membaca Al-Quran dan sebaik-baiknya khatam Al-Quran dalam bulan ini.
  • Solat Tahajjud  -  Solat tahajjud laksana permata di hati mukmin. Bersungguh-sungguh melaksanakannya dalam bulan Ramadhan dengan niat yang ikhlas.
  • Solat Tarawikh  -  Menghias malam Ramadhan dengan solat tarawikh bersama keluarga atau berjamaah di surau atau di masjid. 
  • Berzikir dan berdoa  -  Manfaatkan keberkatan Ramadhan ini dengan berzikir dan berdoa. 
  • Makanan  -  Berbuka dan bersahur dengan makanan yang seimbang. Digalakkan menjamu orang lain berbuka puasa. 
  • Sedekah (infaq)  -  Perbanyakkan sedekah dan derma kepada mereka yang memerlukannya.

Friday 20 July 2012

MAJLIS TAHLIL SEKAMPUNG DI BULAN SYAABAN

Sempena bulan Syaaban yang menjelang, AJK Masjid Annur telah menganjurkan majlis tahlil (punggahan) beramai-ramai di masjid. Majlis ini dirancang untuk bertahlil beramai-ramai, membaca surah Yaasin, dan juga untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli kariah. Majlis tersebut diadakan pada setiap malam Jumaat sebelum Ramadhan tiba. Ramai ahli kariah masjid terutamanya di sebelah Parit Rambai Hilir yang hadir bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Pada tahun ini jadual penyedia jamuan telah ditetapkan mengikut jalan di Parit Rambai Hilir seperti yang ditunjukkan di bawah. Masing-masing bersama-sama berkongsi dan bekerjasama bagi menyediakan hidangan dibawah kendalian ketua kumpulan masing-masing bagi tujuan tersebut.

Tuan Pengerusi dan semua AJK Masjid Annur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli kariah masjid yang memberikan komitmen dan kerjasama untuk menjayakan majlis tersebut.


Tarikh
Parit
Ketua Kumpulan
Khamis malam Jumaat
21 Jun  2012
Parit Sukaraja
En. Margini b Salimon
Khamis malam Jumaat
28 Jun 2012
Parit Ponorogo
Cikgu Hasan b Kasmuri
Khamis malam Jumaat
05 Julai 2012
Parit Rambai Hilir Laut
En. Mesman b Surat
Khamis malam Jumaat
12 Julai 2012
Parit Rambai Hilir Darat
Tn. H.j Kamari b Sahed
Khamis malam Jumaat
19 Julai 2012
Parit Dukacita
Tn. Hj. Hanafi b Sahed