ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Tuesday 20 August 2013

YANG PERTAMA DALAM ISLAM

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah:  Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam:  Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan:  Nabi Ibrahim AS.
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat:  Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat:  Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah:  Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat:  Nabi Muhammad SAW
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam:  Abu Bakar AsSiddiq RA
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:  Umar bin Al-Khattab RA
  10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:  Al-Hasan bin Ali RA
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:  Thuwaibah RA
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki:  Al-Harith bin Abi Halah RA
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran:  Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah:  Saad bin Abi Waqqas RA
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:  Bilal bin Rabah RA
  17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW:  Ali bin Abi Tholib RA
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah:  Az-Zubair bin Al- Awwam RA
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:  Ibban bin Othman bin Affan RA
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah binti Khuwailid RA
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh:  Imam Syafie RH
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:  Ali bin Abi Tholib RA
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam:  Muawayah bin Abi Sufyan RA
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:  Harun Ar-Rasyid RH
  26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal:  Umar Al-Khattab RA
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:  Ali bn Abi Tholib RA
  28. orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:  Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry:  Mus’ab bin Umair RA
  30. Orang yang pertama masuk Syurga:  Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya. Baca dan hayatilah. Kongsi dan sebarkanlah. Semoga kita mendapat keberkatan daripadaNYA bersama2. Insyallah. Pesan Berpesan Sesama Kita

Saturday 10 August 2013

MENYAMBUT SYAWAL DENGAN BERMARHABAN KELILING KAMPUNG

Kami mengambil kesempatan merayakan ketibaan 1 Syawal dengan menumpukan sebahagian  penghayatan sambutan dengan bernarhaban keliling kampung. Aidilfitri adalah hari mengeratkan tali siturrahim dan kasih sayang sesama jiran tetagga dan penduduk sekampung. Harapan kami agar dengan bermarhaban keliling kampung ini boleh membawa kepada kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Seterusnya dengan bermarhaban ini dapat mengukuhkan persaudaraan dan silaturrahim melalui ucapan salam aidilfitri, berziarah, bermaafan dan berselawat.

Bermarhaban keliling kampung ini dimulakan selepas solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal (8 Ogos 20130. Bersambung selepas solat fardhu Dzohor dan bersambung lagi selepas solat fardhu Asar. Selepas solat fardhu Isyak, kami ziarah lagi keliling kampung sehinga pukul 11.00 malam. Esoknya kami keliling kampung lagi selepas solat fardhu Jumaat. Insyaallah, kesemua rumah di kawasan Parit Rambai Hilir telah kami kunjungi kecuali rumah yang penghuninya tiada di rumah atau yang balik kampung.

Kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli kariah yang silih berganti menyertai kami bermarhaban keliling kampung ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Doa bermarhaban keliling kampung:

"Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia Rasul dan juga atas sekelian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah Tuhan yang mentadbir seluruh keadaan. Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi. Dengan limpah dan kemurahan-Mu tukarkanlah apa kiranya keadaan kami ini kepada sebaik-baik keadaan. Berkatkanlah kami dan sekelian kaum muslimin bersempena dengan bulan Syawal ini. 

Ya Allah wahai Tuhan yang Dialah sebaik-baik tempat dihadapkan permohonan. Perkenankan apa kiranya doa permohonan kami ini dan kurniakanlah lagi peluang bagi kami menemui bulan Syawal ini kepada kami dari tahun demi tahun hingga beberapa masa. 

Dan kami mohon semoga Tuhan kami berkati tuan rumah ini ...............................,  serta lanjutkan umurnya dalam iman, mendapat rezeki halal dan diselisihkan daripada rezeki haram. Mohon limpah rahmat-Mu jua ya Alah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Barang dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad dan sekelian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam."





































Friday 9 August 2013

5 PENGHAYATAN AIDILFITRI HARI KEMENANGAN


Alhamdulillah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, tahun ini kita dapat bersua lagi dalam meraikan Aidilfitri yang mulia. Kita dapat bersama-sama menikmati hari kemenangan dan kebahagiaan ini yang pastinya menyuburkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Aidilfitri telah menyuburkan sifat takwa kepada Allah SWT melalui lafaz dan alunan kalimah takbir yang memuji Allah dengan kalimah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allah Maha Besar, yang bergema di seluruh pelusuk kota dan desa di negara yang kita cintai ini.

Dalam kesemptan Adilfitri ini, kami mengajak teman-teman sekalian untuk menghayati Hari Raya Aidilfitri dalam kehidupan kita pada hari ini. 

1. Aidilfitri Hari Kemenangan dan Kegembiraan  

Adilfitri adalah hari kemenangan dan kegembiraan bagi seluruh umat Islam. Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan setelah berjaya mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum pada siang hari di bulan Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara-perkara dilarang ketika berpuasa.. Lantaran itu Allah menganugerahkan kita sambutan Aidifitri bagi meraikan hari kemenangan ini. Sambutlah kemenangan ini dengan penuh rasa taqwa dan rendah diri pada kebesaran dan keangungan Allah SWT.

Kalimat 'fitri ' sendiri bermaksud fitrah, yang membawa kita kembali kepada fitrah yang asal, yang bersih daripada dosa dan noda. Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan At-Thabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat." 


2. Aidilfitri Hari Raya Fitrah 

Aidilfitri perlu difahami oleh Muslimin sebagai satu bentuk ganjaran daripada Allah bagi mereka yang sabar dan taat beribadah dengan penuh kesempurnaan sepanjang Ramadan al-Mubarak. Tujuannya hanya mengharapkan keredaan-Nya.

Aidilfitri adalah hari yang amat istimewa. Ia disambut khusus bagi merayakan kembalinya setiap Muslim kepada keadaannya asal iaitu fitrah, yakni suci lagi bersih. Aidilfitri yang sebenar-benarnya adalah kesinambungan kepada ketakwaan yang dituntut atas kita sepanjang mengerjakan ibadah puasa. Ia adalah perayaan bagi meraikan kemenangan setiap mukmin melawan godaan dan hawa nafsu.

Oleh itu, sambutan bagi merayakan Syawal perlu sejajar dan selaras dengan kehendak serta tuntutan syariat. Kita perlu melakukan amalan sunat seperti memperbanyakkan bertakbir dan berzikir mengingati Allah. Mengerjakan solat sunat Aidilfitri dengan mengenakan pakaian baru dan indah. Menziarahi sesama umat Islam sambil bermaaf-maafan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Selain itu, kita wajib memelihara batas hukum syarak supaya tidak terbabas daripada landasan ditetapkan Islam ketika meraikan Aidilfitri. Sambutan Aidilfitri tidak seharusnya dicampur-adukkan dengan perbuatan atau pelakuan yang sia-sia dan berunsurkan maksiat. Perkara itu bukan saja bersalahan dengan konsep kembali kepada fitrah seseorang Muslim, malah dikhuatiri turut mencemarkan nilai ibadah yang diusahakan sepanjang Ramadan. 


3. Aidilfitri Hari Silaturahim 

Aidilfitri adalah hari mengeratkan tali persaudaraan dan menyuburkan silaturrahim. Islam meletakan nilai persaudaraan dan kasih sayang itu di tempat yang amat tinggi dan utama. Hubungan persaudaraan yang baik adalah satu usaha untuk membentuk individu yang berkualiti. Ini boleh membawa kepada kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Dalam hubungan ini, sambutan Aidilfitri telah memberi ruang dan pelaung yang luas ke arah pengkukuhan persaudaraan dan silaturahim melalui ucapan salam Aidilfitri, kunjung mengunjungi dan saling bermaaf-maafan. Ketika memohon kemaafan, mohonlah dengan penuh kesedaran dan ketika memberikan kemaafan, berilahdengan penuh redha dan tulus ikhlas yang kita benar-benar memaafkannya.

Allah SWT juga memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam. Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun-tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan.

Al-Imam Al-Baijuri mengatakan bahawa inilah yang yang dii'timadkan. Manakala amalan saling ziarah menziarahi terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata: (Yang maksudnya) "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya,
dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi SAW" Rasulullah SAW menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu."  Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita." 


4. Aidilfitri Mengukuh Perpaduan 

Kita tidak boleh menafikan bahawa Negara kita Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dari aspek positif, semua perayaan kaum utama di negara ini dikenal pasti sebagai wadah yang mampu untuk menjana perpaduan antara kelompok yang berbeza latar belakang keturunan, budaya dan agamanya. Oleh itu, setiap kali tiba musim
perayaan, majlis rumah terbuka diadakan bagi mengukuhkan hubungan dan integriti antara kaum. Ini tidak kerkecuali dengan perayaan Aidilfitri yang kita rayakan ini.

Suasana sedemikian memperlihatkan pengaruh antara budaya semakin diterima dan mendapat tempat di kalangan anggota masyarakat majmuk di negara ini. Dalam hal ini, Islam sememangnya menggalakkan umatnya berkenal-kenalan dengan bangsa lain. Kita dituntut memperlihatkan ketinggian syiar Islam pada mata penganut agama lain sebagai usaha endekatkan diri mereka kepada kita sebagai ummatan wa sotan. Ini seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 143 yang Maksudnya: "Dan demi kianlah (seperti Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (mengenai yang benar dan yang salah)." 


5. Aidilfitri Mengukuh Keimanan 

Hari Raya tidak memisahkan kita dengan umat Islam di negara lain sekalipun kita dipisahkan lautan dan sempadan. Namun, hubungan kasih sayang, silaturrahim dan persaudaraan dengan umat Islam di lain-lain negara tetap utuh dan kukuh. Ikatan persaudaraan ini berpaksikan kepada aqidah Islamiah yang sebenar.

Walau bagaimanapun, masih ada ruang yang boleh diambil kesempatan oleh musuh Islam untuk memecah belahkan perpaduan dan merosakan aqidah umat Islam melalui fahaman, perlakuan atau perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pelbagai bentuk ancaman yang membahayakan aqidah umat Islam baik yang disedari atau tidak disedari telah meresap dalam kehidupan umat Islam kini. Justeru itu, umat Islam diminta lebih berwaspada terhadap ancaman ini, kerana ia boleh menghancur leburkan kehidupan aman masyarakat dan negara kita.

Antara ancaman yang mendatang ini ialah faham sekularisma dan liberalism yang tertegak atas dasar pemisahan agama dari kehidupan, amalan sihir, ajaran sesat, penyalah gunaan dadah, syabu atau seumpamanya dan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang diamalkan di Negara ini.

Dalam mendepani muslihat dan ancaman tersebut, umat Islam mesti memperkukuhkan amalan dan amal ibadah seperti yang dilakasanakan dalam bulan Ramadhan, menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah, mempelajari dan memahami ajaran dan syariat Islam dengan baik dengan merujuk kepada golongan alim ulama yang arif dan muktabar.

Akhirnya, semoga kita semua beroleh kejayaan dan kemenangan dalam mengharungi ujian di bulan Ramadhan yang baru berlalu. Jiwa mukmin akan merintih dan sedih melihat Ramadhan berlalu pergi, sekalipun gembira menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Semoga Aidilfitri ini, dapat kita raikan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Mudah-mudahan ibadah kita hari ini kita lebih baik dari hari semalam dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum, insya Allah.

Wednesday 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada ahli kariah Masjid Annur dan semua umat Islam yang merayakan hari kemenangan ini. Semoga Aidilfitri tahun lebih baik daripada tahun-tahun sudah. Maaf Zahir dan Batin.



Monday 5 August 2013

PANDUAN MERAYAKAN HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri

MAAF ZAHIR DAN BATIN
  
MAKLUMAN
DARIPADA TN. HJ. MOHD. TALIB B HJ SALAMON, KETUA KAMPUNG
PARIT RAMBAI MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MASJID ANNUR:
MARHABAN KELILING KAMPUNG AHLI KARIAH PARIT RAMBAI HILIR AKAN
DIADAKAN PADA HARI PERTAMA HARI RAYA AIDILFITRI SELEPAS SOLAT SUNAT AIDILFITRI. SEMUA AHLI KARIAH LELAKI YANG TUA DAN YANG MUDA, ABANG-ABANG,ADIK-ADIK DAN ANAK-ANAK SERTA MENANTU YANG BALIK KAMPUNG
DIJEMPUT MENYERTAINYA. MERIAHKAN AIDILFITRI DI KAMPUNG KITA DENGAN
MENGUNJUNGI JIRAN TETANGGA SAMBIL BERSELAWAT DAN BERMAAFAN
UNTUK MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM KITA. BERKUMPUL
DI SIMPANG EMPAT JAM 11.00 PAGI. 
TOLONG SAMA-SAMA HEBAHKAN…




Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun

1.  Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

2.  Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

3.  Lazimnya di negara kita khususnya sebaik saja diumumkan bahawa hari raya telah jatuh pada malam tersebut, sejurus itulah kedengaran bunyi-bunyi mercun yang dipasang bagi meyemarakkan musim perayaan ini. Di samping itu juga lagu-lagu hiburan yang bermacam-macam terus berkumandang diikuti dengan pesta-pesta sehingga beberapa hari untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya. Perkara ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan kehendak syara’ dan bercanggah dengan sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam. Sama ada sedar atau tidak, pada hakikatnya dengan melakukan perkara sedemikian kita seolah-olah meniru sesuatu kaum atau agama lain bagaimana cara mereka merayakan hari kebesaran atau perayaan mereka. Umat Islam sangat dilarang dari meniru dan mengikut-ikut cara itu.


CARA MENYAMBUT AIDILFITRI MENGIKUT SUNNAH

Islam ada memperjelaskan di dalam kitab-kitab fiqah bagaimana cara menyambut hari raya seumpama ini. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna dan lengkap.

Firman Allah S.W.T:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertaqwa setelah melalui ujian pada bulan Ramadan, kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1. Bertakbir

 Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.Firman Allah S.W.T:
 

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulanRamadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185. 
 
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.
 
2. Ucapan selamat di Aidilfitri dan mendoakan antara satu sama lain

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’.

Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”

3. Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie.  

5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja.

Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

6. Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya.

Imam Syafie r.h berkata:

Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklahmenghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki.

Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan.

 Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

8. Jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali bersolat Aidilfitri

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

 Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari

 Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”

 9. Tempat perlaksanaan solat hari raya

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musolla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musolla itu berbeza dengan masjid?

Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musolla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari

10. Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam.

Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu.

Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud.  

11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri


Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.

Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan pendudukMadinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai

12.  Berziarah dan merapatkan hubungan baik  sesama Muslim  

Nabi s.a.w pernah bersabda: Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

13.  Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim.  

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h.

Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.


KESILAPAN-KESILAPAN YANG DISEDARI ATAU TIDAK DISEDARI  DI HARI RAYA AIDILFITRI
 
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas di sertakan beberapa kesilapan-kesilapan kerap berlaku di musim perayaan Aidilfitri:-
  1. Sentuhan: Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
  2. Aurat & Ipar:  Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
  3. Wangian Wanita: Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
  4. Pakaian Wanita: Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
  5. Ziarah Kubur: Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
  6. Meninggalkan solat: Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini ada ketikanya meninggalkan solat.
  7. Buat Dosa Lagi: Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan.  Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat yang tidak seharusnya dilakukan. Puasa enam boleh menghindari diri daripada melakukan perkara-perkara yang berdosa. Jangan hancurkan seluruh kebaikan yang baru hendak sebati ketika beribadah di bulan Ramadhan. Teruskan kebaikan itu di bulan Syawal.
 
 
SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN-TAHUN DULU