Setiap orang dalam dunia ini mahu
mencipta kejayaan dalam kehidupan mereka. Mahu menjadi orang yang
disayangi, dihormati dan mahukan kebaikan dalam seluruh tempoh
kehidupannya. Bagaimanapun, semua itu tidak akan berhasil sekiranya
mereka tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
Melalui program Tarbiah yang disiarkan secara langsung di stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) setiap hari Jumaat jam 10.15 pagi bersama penceramah terkenal dan pakar transformasi diri tanah air Prof. Dr. Muhaya Mohamad, kesempatan ini saya akan berkongsi beberapa tonggak utama perbincangan beliau sebagai asas penting untuk memulakan langkah bagi melakukan transformasi diri.
Sebagai seorang Islam kita mempunyai kekuatan yang amat hebat, apakah kekuatan itu? Jawapannya adalah doa. Dalam seluruh setiap detik kita menjalani hidup, perkara utama selain niat, adalah sentiasa memanjatkan doa kepada tuan empunya dunia ini iaitu Allah SWT. Antara doa yang barangkali boleh memandu hidup adalah “Ya Allah ya Tuhanku, Jadikanlah setiap hariku ini penambahan kepada agamaku, dan pada hari matiku adalah hari matinya segala dosa-dosaku”.
Doa mempunyai makna yang besar kepada setiap orang Islam yang hanya mengharap dan bergantung kepada kasih sayang Allah SWT dalam hidup. Setiap hari Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk melakukan kebaikan. Dengan itu kita wajar mengambil kesempatan yang ada untuk selalu memperbaiki diri dengan melengkapkan diri dengan ilmu agama sebagaimana yang diajar oleh ajaran Islam bagi mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Dalam hidup ini, sebenarnya setiap hari kita boleh menjadi orang baharu dengan menjadikan persekitaran sebagai guru kehidupan. Selain itu juga perlu memastikan kita menambah diri kita dengan pengetahuan ilmu agama. Kesempatan yang kita miliki ini hendaklah digunakan dengan melihat setiap ciptaan Allah sebagai ruang untuk kita bermuhasabah diri dan membina minda positif untuk menjadi insan yang baik.
Dalam pada kita mahu menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri, kita juga disaran untuk memberi keutamaan dalam menjaga ibadah seperti sentiasa memeriksa kualiti solat, memperbaiki akhlak seperti akhlak Baginda Rasulullah SAW dan menjaga aurat. Perkara ini adalah asas bagi seorang mukmin yang mahu mengubah kehidupan ke arah hidup yang lebih bermatlamat.
Tingkatkan Kualiti Diri
Setiap kali kita ingin melakukan transformasi, perkara paling penting adalah meningkatkan standard pemikiran kita. Transformasi ialah meningkatkan diri kita ke satu tahap yang baru yang lebih baik. Bila menyebut tentang melakukan perubahan ianya bukan hanya melibatkan perubahan luaran, sebaliknya membina fokus kita daripada perkara-perkara fizikal kepada perkara yang bersifat spiritual iaitu kerohanian dan jiwa. Jika kita hanya menitikberatkan perkara luaran sahaja seperti menghias diri dengan pakaian yang indah tetapi tidak memelihara solat, tidak berlembut dalam akhlak, selalu berburuk sangka, dan hasad dengki, pasti ianya tidak akan membawa kita kemana-mana kerana transformasi yang bersifat luaran tidak akan kekal lama, malah ianya tidak membina kualiti pemikiran yang tinggi.
Orang yang mempunyai standard pemikiran yang tinggi memiliki personaliti yang tinggi. Mereka akan sentiasa memelihara perhubungan dengan Allah SWT dan dengan manusia. Berbuat baik dengan orang sekeliling dan menghormati sesiapa sahaja. Berfikiran positif atau selalu melihat orang lain adalah lebih baik dari diri sendiri merupakan kunci untuk membina keperibadian yang terpuji. Orang yang sentiasa bersangka baik tidak akan ada masa untuk mencela orang lain. Malah sekiranya berlaku perselisihan faham, diuji dengan kesakitan atau apa sahaja dugaan dalam hidup, ia merupakan peluang yang digunakan untuk bermuhasabah diri sendiri.
Hamba Allah Bukan Hamba Ramadan
Dalam kesempatan kita berada di bulan Ramadan ini, kita boleh menjadikan bulan yang penuh kemuliaan ini sebagai titik tolak untuk transformasi diri dengan meletakkan kekuatan akidah iaitu memperakui keEsaan Allah SWT sebagai matlamat utama. Dengan kekuatan kepercayaan terhadap kekuasaan Allah swt pastinya menjadi pencetus semangat untuk kita melakukan amal ibadah hanya kerana Allah swt.
Namun setiap amalan yang dilakukan bukan hanya mahu mendapat tawaran ganjaran di bulan ramadan sahaja sebaliknya ketaatan kepada Allah seharusnya pada setiap masa. Sebagaimana yang sering diunagkapkan oleh para ulama ‘sekiranya kamu “menyembah” Ramadan, Ramadan akan berlalu pergi, tetapi jika kamu menyembah Allah, Allah akan kekal abadi dan tetap hidup”.
Justeru itu, biarlah perubahan yang kita lakukan dengan niat untuk istiqamah sehingga kita meninggalkan dunia ini dan menemui Allah SWT bila tiba saatnya.
Ramadan ini kita jadikan sebagai langkah awal untuk membuat perubahan diri sama ada dari segi amal ibadah kepada Allah, hubungan sesama kita atau urusan pekerjaan mencari rezeki yang halal. Dengan ini sudah pasti kita akan dapat menjadi insan yang bukan hanya bermanfaat untuk diri sendiri tetapi memberi kebaikan kepada orang lain.
Apa yang pasti, setiap sesuatu yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun akan dinilai Allah dan dipertanggungjawabkan. Jadi, mulailah dengan kejernihan hati, jiwa yang kental dan kekuatan roh bahawa hidup ini hanya milik dan untuk Allah. Nescaya kita akan dapat memandu hidup ini pada landasan yang diredahai Allah.
Bagaimanapun, setiap dugaan kehidupan seperti diuji dengan masalah kesihatan dan sebagaimanya harus diterima dengan hati yang terbuka, malah jika kita bersyukur dengan ujian Allah ia akan menambahkan lagi ganjaran pahala kepada kita. Selalu meletakkan fikiran pada keadaan yang sentiasa positif akan melatih kita tenang berhadapan cabaran hidup pada hari ini dan mendatang.
Prof. Dr. Muhaya juga turut mengajak setiap pembaca memiliki Jurnal Kehidupan masing-masing. Tujuan Jurnal Kehidupan ini ialah untuk kita mencatat apa sahaja perkara baik yang kita mahu dan akan lakukan. Dengan ini, secara tidak langsung akan menentukan halatuju kehidupan dan akan merangsang kita untuk melakukan perkara yang baik setiap hari.
Kehadiran Ramadhan yang sudah sampai ke pertengahan ini mudah-mudahan menjadi asbab kepada kita untuk mentransformasikan diri menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Dengan jiwa yang fokus kepada Allah, beriman kepada malaikat dan hari kiamat kita tidak akan menjadi manusia yang degil kepada setiap suruhanNya. Malahan setiap hari kita terus menanam azam untuk menjadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat.
Sumber