Jika kita inginkan pergaulan yang baik, maka hendaklah kita memelihara adab-adab berikut sebagaimana yang disarankan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya, 'Bimbingan Mu'minin':
- Berikan keredhaan kita kepada kawan dan musuh sama belaka. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri, dan rendahkanlah diri kita tanpa menghinakannya. Jadikanlah sikap kita sederhana pada semua perkara, sebab terlalu meninggi sangat ataupun merendah sangat, kedua-duanya adalah sifat yang tercela.
- Jangan menoleh ke kanan atau ke kiri, ataupun terlalu banyak menoleh. Jangan berdiri di antar orang ramai. Jika duduk jangan menggelenyar (duduknya tidak tetap). Jangan selang-selikan jari-jari antara sati dengan yang lain. Jangan terlalu banyak mengurut janggut atau memain-mainkan cincin di jari.
- Jangan mengorek gigi atau hidung, banyak berludah atau berhingus, atau selalu menggeliat dan menguap di hadapan muka orang ramai dan di waktu sedang bersembahyang atau sebagainya.
- Apabila duduk biarlah duduk kita tenang saja, dan perbualan kita itu teratur.
- Dengarkanlah perbualan-perbualan atau percakapan-percakapan yang baik daripada orang yang bercakap kepada kita, tanpa menunjukkan ketakjuban yang berlebih-lebihan, atau menyuruh orang itu mengulangi percakapannya. Kalau percakapannya itu mentertawakan, maka tahanlah ketawa kita sedapat mungkin.
- Jangan suka memuji-muji anak buah sendiri, atau syair-syair yang kita cipta sendiri, atau kerya-karya yang kita hasilkan sindiri, ataupun segala sesuatu yang mengenai diri kita sendiri.
- Jangan meniru cara-cara kaum wanita menperhiaskan dirinya, dan jangan bersikap rendah, seperti yang biasa dilakukan oleh para hamba sahaya.
- Jangan menggesa orang untuk mendapatkan sesuatu keperluan, dan jangan mendorong orang supaya melakukan kezaliman atau penginyayaan terhadap sesama manusia.
- Jangan memberitahu isteri atau anak-anak, apatah lagi orang lain, tentang jumlah wang simpanan kita. Sebab kalau mereka tahu simpanan itu sedikit, tentulah mereka akan menunjukkan sikap kurang senang. Tetapi kalau mereka tahu simpanan itu banyak, mereka sentiasa tidak puas dan tidak cukup dengan pemberian kita.
- Jika kita berselisih faham, maka hendaklah kita bertenang, hindarkan sikap berkeras hati, dan jangan terlalu terburu nafsu. Malah hendaklah kita fikirkan hujah atau dalil yang boleh diterima oleh akal. Jangan menggunakan terlalu banyak isyarat dengan tangan, atau menoleh-noleh ke belakang. Apabila kemarahan kita telah reda, barulah bercakap.
- Sekali-kali jangan sampai kita menganggap harta kekayaan kita itu lebih mulia daripada harga diri kita.
- Apabila kita memasuki sesuatu majlis, maka peliharalah adab majlis itu. Mulakan dengan memberi salam kepada orang ramai. Jangan melangkah-langkah tempat duduk orang lain yang telah datang terlebih dulu, malah duduk sahaja dimana terdapat tempat kosong, kerana yang demikian itu menunjukkan tawadhuknya seseorang. Setelah duduk hendaklah kita berjabat tangan dengan orang-orang yang di samping kita. Jauhilah duduk di tempat perjalanan orang.
- Awaslah, jangan kita bersenda-gurau dengan orang cendekiawan, ataupun orang kurang akalnya. Si cendekiawan akan rasa kurang senang dengan perilaku kita, yang kurang akalnya akan menentang perbuatan kita. Apabila terlena di dalam sesuatu majlis disebabkan senda-gurau atau kelalaian, maka hendaklah kita berzikir kepada Allah tatkala beredar daripada majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment