Sejarah pembinaan masjid bermula ketika penghijrahan Rasulullah s.a.w bersama kaum Muslimin ke Madinah. Ketika sampai di perkampungan Quba, Baginda mendirikan masjid yang hingga kini kekal dan menjadi kunjungan umat Islam. Kemudian, berdirinya Masjid Nabawi di Madinah.
Rasulullah s.a.w mempergiatkan usaha menyalurkan pendidikan dan syiar Islam kepada penduduk sehingga roh beragama hidup dan kukuh. Masjid ketika itu menjadi tiang kepada kejayaan membina ummah yang erat bersatu. Rasulullah s.a.w ketika hayatnya begitu memfokuskan kepada pembinaan masyarakat bersatu menerusi kegiatan spiritual dan sosial di masjid.
Abu Hurairah ada memberitahu: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w memberitahu:

“Tujuh orang yang dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya ialah pemimpin yang adil, hamba yang hatinya selalu teringatkan masjid...” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seharusnya pernyataan Rasulullah s.a.w itu menjadi daya motivasi dalam memujuk rasa di jiwa supaya sentiasa ingin mengimarahkan masjid.
Hati sentiasa memasang visi untuk tidak mahu tertinggal dalam mendirikan solat secara berjemaah di masjid. Itulah yang dimaksudkan sebagai hamba yang hatinya sentiasa teringatkan masjid.
Abu Hurairah berkata, ketika bersama dalam kumpulan sahabat, Rasulullah s.a.w menanyakan mereka: “Mahukah kamu aku tunjukkan amal ibadah yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan meninggikan darjat?” Lalu sahabat Baginda pun menjawab: “Ya Rasulullah.” Rasulullah memberitahu mereka: “Menyempurnakan wuduk pada waktu-waktu yang sukar dan memperbanyak langkah ke masjid.” (Hadis riwayat Imam Malik dan Muslim)
Jadi, berdasarkan kepada apa yang dikatakan Baginda, dapat kita analisis bahawa Mukmin yang rajin ke masjid mendirikan solat secara berjemaah diberikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
Alangkah beruntungnya sesiapa yang jiwanya sentiasa terpaut, lalu terpanggil untuk sering ke masjid. Walau sibuk dengan urusan duniawi, budaya mendirikan solat berjemaah di masjid tidak wajar dipinggirkan.
Jangan sampai keasyikan dunia, kita mencari alasan meninggalkan sunnah Rasulullah itu. Jangan lepaskan peluang keemasan yang dijanjikan Rasulullah s.a.w itu demi mengutip seberapa banyak pahala buat bekalan ke alam barzakh nanti.
Abu Hurairah pernah juga menceritakan pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w berkata: “Sesungguhnya setiap masjid itu mempunyai tonggak-tonggak (orang-orang yang menghidupkan masjid), yang ditemani malaikat. Jika tonggak-tonggak itu tercabut, malaikat akan merasa kehilangan. Jika mereka menderita sakit, malaikat juga akan menjenguk. Dan jika mereka mempunyai keperluan tertentu, maka malaikat juga akan membantu mereka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Hakim)
Lihatlah betapa hebatnya orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid sehingga ditemani malaikat dan mendapat pertolongan. Apakah itu masih tidak cukup bagi mencetuskan keinginan di hati kita supaya sentiasa merindui masjid?
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berwuduk daripada kalangan kamu, lalu dia mengelokkan dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia datang ke masjid semata-mata untuk solat berjemaah, maka Allah sangat-sangat bergembira menyambut kedatangannya seperti bergembiranya ahli keluarga orang yang lama tiada (kerana musafir atau lainnya) dengan kemunculannya.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)
Sememangnya, masih banyak lagi peringatan daripada Rasulullah supaya kita mengimarahkan masjid dan menjadi salah seorang ‘ahli masjid’ yang aktif mendirikan solat berjemaah.
Jangan kita menjadi ahli masjid tatkala bersolat Jumaat atau semasa solat sunat Aidilfitri, Aidiladha atau ketika sebulan di bulan Ramadan, tetapi hari lain, mata kita saja yang singgah menatap keindahan masjid.
Mengimarahkan masjid bererti kita menghidup serta menyuburkan syiar agama.

Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment