ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Wednesday, 23 January 2013

MALAM PENGHAYATAN KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW

Sebentar tadi ahli kariah Masjid Annur berkumpul bersama-sama di masjid bagi menghayati hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.  Ruang masa yang ada itu diisi dengan bertazkirah dan membaca berzanji sambil berselawat.

"Selesai Nabi Muhammad SAW mengucapkan khutbah terakhir, beliau turun dari al-Qahwa’. Beliau masih di tempat itu juga sampai pada waktu solat Dzohor dan solat Asar. Kemudian menaiki kembali untanya menuju Shakarat. Pada waktu itulah, Nabi Muhammad SAW membacakan firman Tuhan ini kepada mereka: “Hari inilah Kusempurnakan agamamu ini dan kamu sekalian, dengan Kucukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan yang Kusukai Islam inilah menjadi agama kamu.” (Q.S. 5:3). Saiyidina Abu Bakar ketika mendengar ayat itu dibaca ia menangis. Ia merasa bahwa risalah Nabi sudah selesai dan sudah dekat pula saatnya Nabi hendak menghadap Tuhan…"












Sejarah telah membuktikan bahawa perjalanan kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dimusuhi dan dipulaukan oleh sebilangan dari kaum keluarganya, namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwa Baginda.

Justeru itu, kita wajib beriman kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya, mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita supaya cinta dan kasihkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mengikut sunnah yang dibawanya. Jika kita mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kita setentunya banyak menyebut-nyebut Baginda.

Bagaimanakah caranya untuk kita menyebut nama Baginda sehingga boleh membawa keuntungan? Yang paling mudah ialah dengan berselawat. Semakin banyak kita berselawat, semakin besar ganjaran yang bakal diterima, bukan sahaja di akhirat malahan juga di dunia ini.

Di antara kelebihan berselawat itu ialah:
  • Allah Subhanahu Wata'ala akan berselawat (memberi rahmat, cahaya dan hidayah) kepada orang yang berselawat.
  • Akan mendapat syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat nanti.
  • Diangkat baginya sepuluh darjat, dicatatkan baginya sepuluh kebajikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
  • Dimakbulkan doanya dan ditunaikan segala hajatnya dan ditutup segala aibnya.
  • Mendapat petunjuk serta hatinya hidup untuk menerima kebenaran.
  • Terlepas daripada huru-hara Hari Kiamat.

No comments:

Post a Comment