Bulan ramadhan adalah "Syaidul Syuhur" iaitu penghulu bulan. Apabila ia disebut
sebagai penghulu, maka bererti ia melebihi dari bulan-bulan yang lain dari
sudut fadhilat dan kelebihannya. Di dalam Al-Quran ia disebut secara terang dan
jelas berbanding bulan-bulan yang lain. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah
ayat 185:
"Bulan
ramadhan yang diturunkan al-Quran
padanya, dimana al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan yang menerangkan
tentang pertunjuk dan yang membezakan antara hak dan bati"
Dalam
bulan ramadhan terdapat banyak amalan-amalan yang tiada pada bulan lain malah
digandakan pahalanya lebih dari bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah kalau
dikatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan mendapat bonus dari Allah
s.w.t. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya yang bukan
hanya satu bonus yang ditawarkan malah sangat banyak dan berlipat kali ganda
pula. Penjawat awam dapat duit raya setakat RM500 dan di Pulau Pinang RM 400.
Kalaulah gaji seseorang RM3,000 maka sebenarnya kadar bonus RM500 itu hanya
sekadar 1/6 dari gaji tidak sampaipun sekali ganda. Itupun kalau kita tak dapat
heboh seluruh dunia.
Ini pula
bonus Allah s.w.t yang akan kita dapat di negeri yang kekal abadi, Apakah kita
tidak mahu merebutnya ?. Amalan yang sunat dibulan ramadhan adalah sama
dengan ganjaran amalan wajib. Antara amalan yang terdapat pada bulan ramadhan
yang tidak terdapat pada bulan lain ialah puasa, zakat fitrah, kelebihan beramal pada lailatul kadar dan solat
tarawih. Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada hambanya bagi satu amalan yang
baik ialah dengan 10 pahala ( 10 kali ganda ) sehingga kepada 700 pahala dan
lebih dari itu. Di dalam Al-quran Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261
:
"Bandingan
(derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap
tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"
Maknanya
satu amal kebajikan Allah beri bonus paling minima dengan 10 kali ganda
sehingga 700 kali ganda dan lebih lagi . Contohnya mereka yang melakukan ibadat
di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran. Bayangkan jika
dilakukan pada bulan ramadhan. Mana ada Syarikat di dunia ini yang boleh beri
kita bonus sebanyak itu. Malah Multi Level markerting (MLM) pun tidak dapat
memberi pulangan dan kelebihan sebesar itu.
Lailatul
qadar diberi oleh Allah s.w.t pada bulan ramadhan dengan pahala yang lebih baik
dari seribu bulan. Bayangkan kalau 1000 bulan dijadikan tahun, maka jumlahnya ialah
83 tahun 3 bulan. Umur manusia akhir zaman pun kebanyakan tidak akan sampai ke
tahap itu sebagaimana disebutkan oleh nabi s.a.w:
"Umur
umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun"
Allah s.w.t
menyatakan di dalam Surah al-qadr:
"Sesungguhnya
kami telah menurunkan al-quran pada malam qadar. Dan apakah engkau dapat
mengetahui apa dia kebesaran malam qadar itu?. Malam Qadar itu lebih baik dari
seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin tuhan
mereka,untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu
hingga terbit fajar"
Membaca
al-Quran misalnya diganjar oleh Allah s.w.t pada setiap huruf yang dibaca
dengan satu kebajikan dan seterusnya digandakan dengan 10 kebajikan. Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Sesiapa
yang membaca satu huruf dari al-Quran baginya satu kebaikan dan satu kebaikan
itu digandakan denga sepuluh. Aku tidak mengatakan : Alif Lam Mim itu satu
huruf, tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf"
Orang
yang bersedekah pada bulan ramadhan juga diganjar pahala yang berlipat ganda
sebagaimana rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa
yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa, maka baginya
pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka"
No comments:
Post a Comment