Kelebihan Solat Sunat Tarawikh:
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang
mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam
di Malaysia Memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat
witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan
memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai
keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr”.
Jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr
yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang
lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang
diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang
(Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka
Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
Hukum Solat Sunat Tarawih:
- Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
- Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat Tarawih:
Selepas menunaikan
sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
- Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat,tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
- Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
- Pada zaman Khalifah Omar bin alKhattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat keranabeliau berpendapat bahawa orangorang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan embahyang sebanyak itu.
- Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap 8 satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
- Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih: (Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Rukun Sembahyang Sunat Tarawih:
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain.
Tak sabar rasanya menanti ketibaan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama bersolat sunat Tarawikh beramai-ramai di Masjid.
No comments:
Post a Comment