ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Monday, 26 May 2014

FALSAFAH DI SEBALIK PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ


MAKHLUK CIPTAAN ALLAH
Ada tiga golongan makhluk Allah yang terlibat dalam perstiwa Israk dan Mi'raj iaitu Nabi Muhammad, Burak dan Malaikat Jibrail. Nabi S.A.W mewakili manusia yang dijadikan dari tanah dan dibekalkan akal dan nafsu. Burak pula mewakili binatang yang hanya dibekalkan nafsu tetapi mempunyai akal yang tidak sempurna sebagaimana manusia. Manakala malaikat pula adalah mewakili makhluk Allah yang dicipta dari cahaya yang hanya memiliki akal sahaja. Makhluk selain manusia yang mukallaf sebagaimana manusia ialah golongan jin yang dicipta dari api yang dibekalkan kepada mereka akal dan nafsu. 

AKAL DAN NAFSU
Secara ringkasnya perlakuan makhluk- makhluk Allah itu adalah berdasarkan kepada  apa yang ada kepada mereka iaitu akal dan nafsu. Akal adalah kemuncak kemuliaan pada setiap makhluk. Akal yang diberi oleh Allah jika digunakan dengan baik akan mendorong ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Tetapi menggunakan hanya kepada pertimbangan akal semata-mata tidak boleh menjamin kebaikan dan kesejahteraan melainkan mesti dilandaskan berdasarkan kepada syariat Allah S.W.T. Ini adalah kerana kebaikan dan keburukan sesuatu perkara bukan mengikut pertimbangan akal semata-mata tetapi mestilah didasari oleh syariat dan peraturan Allah s.wt selaku pencipta dan pentadbir. Oleh yang demikian Allah S.W.T telah mengutus para nabi dan rasul disepanjang zaman sejak Nabi Adam a.s sehingga kepada nabi Muhammad S.A.W untuk menuntun manusia ke arah kebenaran: 

"Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan bagi tiap umat itu rasul, di mana rasul itu mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi Thagut" 

PERTEMUAN DENGAN PENCIPTA
Dalam peristiwa Mi'raj tersebut ketiga-tiga makhluk Allah iaitu nabi sendiri, malaikat Jibrail dan Burak bergerak dari satu lapisan langit kepada satu lapisan langit sehingga sampai di Sidratul Muntaha.  Di Sidratul Muntaha inilah terhentinya perjalanan Mikraj Nabi S.A.W dari ditemani oleh malaikat Jibril dan Burak. Apabila Jibrail berundur ,maka nabi bertanya kepadanya: "Apakah sampai di sini engkau harus meninggalkan aku?. Jibrail menjawab: "Aku tidak boleh melangkah walau setapak pun melewati tempat ini..." 

Rasulullah S.A.W sendiri bertemu dengan Allah di mana diriwayatkan bahawa jarak di antara Baginda dengan Allah hanyalah jarak anak panah atau dekat lagi. Firman Allah dalam Al-Quran Surah an-Najm ayat 8-9:

"Kemudian ia mendekatkan dirinya ( kepada Nabi Muhammad S.A.W), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan nabi Muhammad S.A.W) sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi". 

Maka dengan penghampiran ini, tersingkaplah segala tabir, terbukalah hijab, sehingga Nabi s.a.w melihat wajah Allah Rabbul Jalil. Maka disitulah juga nabi mendapat perintah mengejakan kefarduan solat sebanyak 50 waktu solat sehari semalam. 

MANUSIA DI DUA PERSIMPANGAN
Nabi seorang manusia yang kamil (sempurna) dapat mengatasi ketinggian malaikat maupun Burak untuk bertemu Allah S.W.T.  Ini bererti akal waras yang dipandu syariat  dapat mengawal nafsu menjadikan manusia mencapai kedudukan yang amat tinggi disisi Allah S.W.T.  Sebaliknya manusia yang diperkuda oleh nafsu semata-mata tanpa pertimbangan akal yang dipandu syariat menjadikan manusia dikedudukan yang amat rendah dan hina di mata  makhluk dan tiada nilai sedikitpun  di sisi Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At-Tin ayat 4 -6: 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang serendah-rendahnya ( Neraka ). Kecuali orang yang beriman dan beramal salih maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus" 

MANUSIA SECARA FITRAH 
Secara fitrahnya kita dapat merasai tentang nilai kemanusiaan dan  kemuliaan akal. Manusia dalam keadaan mana sekalipun sentiasa meletakkan kepala (akal) lebih tinggi dari pingggang (kemaluan/nafsu). Kita merasa amat tidak selesa apabila kita berbaring dalam keadaan yang condong bila mana kedudukan kepala terkebawah dari pinggang kita. Mengapa?. Jawabnya kerana kedudukan tersebut telah meletakan kedudukan kemaluan (nafsu) lebih tinggi dari kepala(akal/otak) kita. Dalam kedudukan yang sama (berbaring) ditempat yang rata permukaannya sekalipun kita merasa tidak merasa selesa apatah lagi sebaliknya. Bila kita letak bantal sebagai alas kepala , baru kita rasa selesa. Kita berjalan, duduk, makan, minum, semua keadaan tetap meletakkan kepala di atas mengatasi punggung. 

LAIN HALNYA BINATANG
Binatang makhluk yang ada akal tetapi tiada sempurna dan nafsu. Adanya nafsu untuk kelangsungan kehidupan di dunia. Akal tidak sempurna sebagaimana manusia, jin dan malaikat. Bukan juga mukallaf seperti jin dan manusia. Lembu misalnya, apabila makan rumput, ia akan meletakkan kepala searas dengan bumi. Kedudukan kepalanya pada waktu itu adalah jauh lebih rendah dari kemaluannya. Mereka selesa. Dan fitrah semulajadi kejadian mereka memang begitu. Itulah binatang. 

SUJUD MENYEMBAH ALLAH
Manusia yang mahu bersujud dihadapan Allah Azza Wajalla adalah nanusia yang paling mulia di sisiNya. Ketika bersujud, manusia berada dalam keadaan yang paling rendah dan hina kerana sengaja meletakan kepala lebih rendah dari kemaluan. Ia dilakukan semata-mata  sebagai tanda kehambaan dari seorang makhluk kepada khalik iaitu pencipta. Di Padang Mahsyar nanti ketika Nabi memohon Syafaat kepada Allah bagi memulakan perbicaraan terhadap umatnya dan umat-umat seluruhnya, nabi bersujud terlebih dahulu dihadapan Allah sehingga diperkenankan. Allah S.W.T.  memerentahkan kepada seluruh malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam. Semua sujud kecuali iblis. Ia engan dan takabur maka jadilah mereka dari kalangan orang-orang yang kafir. Firman Allah S.W.T.  di dalam Surah al-Baqarah ayat 34: 

"Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: " Sujudlah (tunduklah dengan membongkokkan badan sebagai memberi penghormatan ) kepada nabi Adam: " Lalu mereka sekalian sujud melainkan Iblis, ia enggan dan takbur serta ia menjadi sebahagian daripada golongan orang-orang yang kafir". 

Penghargaan:  JAIS 

Tuesday, 6 May 2014

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain. 

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim).

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.

Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.

Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat. 

Tujuan
  1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
  2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
  3. Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid. 

Tertib

Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:

1.   Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

2.   Berniat iktikaf.

3.   Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:

Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid

Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza. 

1.  Niatnya :

 
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Raka’at pertama – Al-Kafirun.
      Raka’at kedua – Al-Ikhlas.
3.  Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid

a.  Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;


b.  Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan. 

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. 
  2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT. 
  3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan. 
  4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin. 
  5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. 

Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. 
  2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.  (a)  Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.  (b)  Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. 
  3. Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. 
  4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:  Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 
  5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:  ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’  Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim) 
  6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim). Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu. 
  7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima.  Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat. 
  8. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”. 
  9. Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf. 

والله أعلم بالصواب 
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Terima kasih dari sumber:  Shafiqolbu

Monday, 5 May 2014

AKHLAK 5: ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI

Adab Terhadap Diri Sendiri 

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”  ( Asy-Syam [ 91] 9-10)

Rasullullah bersabda : 

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu : 

a. Taubat 

Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)

Dan sabda Rasullullah:

“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”  ( Muslim ) 

b. Muraqabah ( Pengawasan ) 

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah : 

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”  ( an-Nisa [4] : 125 )

Rasullullah juga bersabda: 

”Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”  (Muttafaq ’alaih) 

c. Muhassabah 

Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri

Allah berfirman : 

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ” (al-Hasyr [59] : 18) 

d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu) 

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.

Allah telah berfirman: 

“Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....” (Yusuf [12] : 53 )

Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman:  “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”  (al-Ankabut : 69)

Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

AKHLAK 4: ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW

Adab Terhadap Rasulullah s.a.w
  1. allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah: “ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....”  ( Al-Hujurat 49:1 ) 
  2. Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya: “ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...” ( Muhammad 47:33) 
  3. Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya : “ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.....” ( An-Nisa’ 4:105 ) 
  4. Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna. Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya:
  • Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
  • Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
  • Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
  • Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
  • Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
  • Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.
( Rujukan : Bimbingan Mukmin )

AKHLAK 3: ADAB KEPADA AL-QURAN

Adab Kepada Al-Quran 
  1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi. 
  2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. 
  3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  " Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim) 
  4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat. 
  5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  " Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i) 
  6. Adab-adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah: i) Berwudhuk, ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas, iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat, iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat, v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh, vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:  Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)

AKHLAK 2: ADAB KEPADA ALLAH

Adab Kepada Allah 
  1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t. 
  2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya" ( Surah Ibrahim - Ayat 34) 
  3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......."  ( Surah An- Nahl - Ayat 53 ) 
  4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya. 
  5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:  "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). ( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 ) 
  6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ".  ( Surah Al - Maidah - Ayat 23 ) 
  7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." .  ( Surah Al-A'raf - Ayat 156 ) 
  8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya . Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ".  ( Surah An-Nur - Ayat 52 ) 
  9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.

AKHLAK 1: ADAB NIAT

Adab Niat 

  1. Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya. 
  2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud:" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ". 
  3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  " Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ". 
  4. Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t. 
  5. Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan dosanya. 
  6. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .

Saturday, 3 May 2014

KESALAHAN TAJWID DALAM SOLAT


 
Dalam satu program agama, seorang penceramah telah mengeluar satu hukum berkaitan masalah membaca tidak cukup harakat pada mad lazim kalimi muthaqqal dalam solat iaitu pada kalimah terakhir surah al-Fatihah. Beliau menyatakan hukumnya tidak sah solatnya.

Penulis dihubungi rakan untuk meminta penjelasan status hukum tersebut. Kekeliruan sebegini telah lama tersebar di kalangan masyarakat dan ini bukan kali pertama penulis mendengarnya. Bagi yang mendalami ilmu tajwid dan peminatnya mereka selalu mengetengahkan isu ini dalam membawa hujah kepentingan ilmu tajwid. 

Bagi penulis, secara asasnya ketentuan sah atau batal solat seseorang adalah di bawah ilmu fiqh dan yang perlu menjelaskannya ialah mereka yang mahir dalam bab fiqh. Manakala guru Quran yang merupakan golongan terbaik sebagaimana hadis Rasulullah SAW bertindak sebagai pengajar dan penunjuk kepada bacaan yang tepat.

Ilmu tajwid berperanan menjaga al-Quran dari sudut ketulenan membaca al-Quran dan mewarisinya daripada generasi terdahulu dengan sebutan yang tepat. Penekanan guru al-Quran kepada pelajarnya tentang bab makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun sakinah dan lain-lain adalah untuk meneruskan ketulenan bacaan al-Quran.

Jika semua hukum tajwid ini tidak dijaga sudah tentu generasi hari ini dan sesudahnya tidak dapat menikmati bacaan al-Quran yang tepat. Cuba bayangkan jika semua huruf dibaca mengikut sesuka hati sahaja, maka bunyi bacaan al-Quran akan menjadi kedaerahan.

Ali Ibnu Abi Talib ra. menerangkan maksud kalimah tartila dalam surah al-Muzzammil ayat 4 ialah perelok sebutan huruf dan mengetahui waqaf. Atas dasar inilah al-Quran terus ditalaqqi daripada guru yang mahir dalam makhraj huruf, sifatnya dan segala hukum tajwid.

Menariknya dalam ilmu tajwid ini, di samping ulama menerangkan tentang makhraj huruf, sifatnya, hukum mad, waqaf dan sebagainya yang menunjuk kepada bacaan yang tepat, ulama juga menjelaskan kategori kesalahan. Kesalahan tajwid telah dibahagikan kepada dua iaitu; lahn Jali dan lahn Khafi.

Lahn Jali bermaksud kesalahan yang berlaku pada kalimah yang mencacatkan uruf bacaan, sama ada merosakkan makna atau tidak. Merosakkan makna seperti bertukar baris di atas (fathah) kepada baris di bawah (kasrah) atau hadapan (dhammah) di kalimah an'amta. Tidak merosakkan makna seperti membariskan huruf yang sukun seperti lam yalid. Dal di hujung kalimah dibariskan dengan fathah. Dinamakan jali kerana kesalahan ini begitu jelas dan boleh dikesan oleh ulama dan juga orang awam. Syeikh Makki Nasr menyatakan kesalahan sebegini adalah haram secara ijmak. 

Lahn khafi atau kesalahan tersembunyi ialah kecacatan yang berlaku pada lafaz al-Quran yang tidak merosakkan makna. Al-Sakhawi menyatakan seperti tidak menyempurnakan sebutan huruf, sama ada terkurang sifat huruf atau terlebih sifat huruf.

Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah Qari pula menyatakan lahn khafi ialah kesalahan yang berkaitan tidak sempurna sebutan huruf dan ia tidak dapat dikesan oleh orang awam kecuali mereka yang mahir dalam bidang ini. Ini seumpama tidak sempurna menyebut ghunnah atau dengung pada Idgham, Iqlabatau Ikhfa. Begitu juga menyebut dengan melebihkan tarqiq atau nipis pada huruf yang sepatutnya ditarqiqkan atau lebih tafkhim atau tebal pada huruf yang sepatutnya ditafkhimkan.

Kesan lahn khafi ialah menghilangkan kecantikan bacaan al-Quran namun begitu kebanyakan ulama menyatakan hukumnya ialah makruh dan tidak berdosa bagi mereka yang tidak mengetahuinya atau disebut sebagai wajib sinaei.

Seorang tokoh Quran yang masyhur Syeikh Mahmud Khalil al-Husari dalam bukunya, Ahkam Qiraat al-Quran mengulas panjang tentang hukum Lahn Khafi dengan menyebut pendapat yang mengharamkan lahn khafi.

Namun beliau menyatakan pandangannya dengan mengambil kira semua sudut dengan menyebut contoh kesalahan lahn khafi seperti ghunnah dibaca dengan kurang dua harakat atau lebih, mad lazim dibaca dengan lima harakat atau dibaca lebih enam harakat.

Beliau menyebut satu persatu kesalahan lahn khafi dan akhirnya beliau menutup dengan berkata semua kesalahan tersebut tidak haram atau makruh tetapi dipanggil sebagai khilaf awla, afdal dan akmal. 

Kesimpulannya, mendalami ilmu tajwid amat penting dan hukum-hakam tajwid memainkan peranan dalam menjaga ketulenan bacaan al-Quran. 

Guru Quran amat perlu menekankan pengajian hukum tajwid namun perlu berhati-hati dalam mengeluarkan hukum berkaitan fiqh. Ilmu fiqh amat luas dan pendapat ulama dalam sesuatu hukum biasanya mempunyai pelbagai pendapat.

Jika ada ulama menyatakan batal dalam sesuatu hukum akan ada ulama yang menyatakan sah, begitulah sebaliknya. 

Dalam isu tidak cukup harakat mad lazim atau terlebih bacaannya, amat baik jika dipegang pendapat Syeikh Khalil al-Husari yang berkata tidak haram tetapi khilaf awla.

Wallah'alam.

Sumber:  KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Ppensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Friday, 2 May 2014

17 AMALAN MENGHAPUSKAN DOSA

Manusia ada melakukan dosa dan pasti memerlukan keampunan Allah SWT. Oleh kerana itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya dengan mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa disamping bertaubat. Sebagiannya dijelaskan dalam Al Quran dan sebahagian  lagi dalam Sunnah Rasulullah SAW.

Diantaranya sebagai berikut:

1. Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid,  

sebagaimana disampaikan Rasulullah SAW:

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ
 
“Mahukah kamu sekalian  aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: menyempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah kemasjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath ( merapatkan hubungan dengan Allah SWT)” (HR Muslim dan Al Tirmidzi).

Juga dalam sabda Baginda  yang lain:

إِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَا يُخْرِجُهُ أَوْ قَالَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا إِيَّاهَا لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
 
“Jika seseorang berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian berangkat sholat dengan niatan hanya untuk sholat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu derajat dan hapus satu dosa” (HR. Al Tirmidzi).
 
2. Puasa pada hari Arafah dan Asyura : 

dalilnya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
 
“Nabi Bersabda: Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus setahun yangsebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari A’syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang telah lalu” (HR. At Tirmidzi dan di-shahih-kan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no. 3853)
 
3. Solat terawih di bulan Ramadhan,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
 
“Siapa yang menegakkan romadhon (shalat tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu” (Muttafaqun ‘Alaihi)
 
4. Haji yang mabrur,

dengan dalil:

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَ لَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
 
“Siapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan maka kembali seperti hari ibunya melahirkannya” (HR. Al Bukhari)

dan sabda beliau:

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
 
“Haji mabrur balasannya hanyalah surga” (HR. Ahmad).
 
5. Memaafkan hutang orang yang sukar  membayar,

dengan dalil:

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ أُتِيَ اللَّهُ بِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِهِ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَقَالَ لَهُ مَاذَا عَمِلْتَ فِي الدُّنْيَا قَالَ يَا رَبِّ آتَيْتَنِي مَالَكَ فَكُنْتُ أُبَايِعُ النَّاسَ وَكَانَ مِنْ خُلُقِي الْجَوَازُ فَكُنْتُ أَتَيَسَّرُ عَلَى الْمُوسِرِ وَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ فَقَالَ اللَّهُ أَنَا أَحَقُّ بِذَا مِنْكَ تَجَاوَزُوا عَنْ عَبْدِي

Dari Hudzaifah beliau berkata Allah memanggil seorang hambaNya yang Allah karuniai harta. Maka Allah berkata kepadanya: Apa yang kamu kerjakan didunia? Ia menjawab: Wahai Rabb kamu telah menganugerahkanku hartaMu lalu aku bermuamalah dengan orang-orang. Dan dahulu akhlakku adalah memaafkan, sehingga aku dahulu mempermudah orang yang mampu dan menunda pembayaran hutang orang yang sulit membayar. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak darimu maka maafkanlah hambaKu ini” (HR. Muslim).

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa,

dengan dalil:

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
 
“Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada, ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia” (HR Al Tirmidzi dan Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no. 97.)
 
7. Memberi salam dan berkata baik,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ كِمْ كُوْجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلاَمِ وَ حُسْنُ الْكَلاَمِ
 
“Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik” (HR Al Kharaithi dalam Makarim Al Akhlak dan di-shahih-kan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shahihah, no. 1035)
 
8. Sabar di atas musibah yang menimpa,

dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ إِنِّي إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنًا فَحَمِدَنِي عَلَى مَا ابْتَلَيْتُهُ فَإِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ مِنْ الْخَطَايَا
 
“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya” (HR Ahmad, dan dihasankan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no. 144).
 
9. Menjaga solat lima waktu dan jumaat serta puasa Ramadhan

dengan dalil sabda Rasulullah:

الصلوات الخَمْسُ وَ الجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَان إِلَى رَمَضَان مُكَفِّرَاتُ مَا بَينَهُمَا إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ
 
“Sholat lima waktu dan jum’at ke jum’at dan Romadhon ke Romadhon adalah penghapus dosa diantara keduanya selama menjauhi dosa besar” (HR Muslim)
 
10. Mengumandangkan azan,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam: 

إِنَّ الْمُؤَذِّنَ يُغْفَرُ لَهُ مَدَى صَوْتِهِ
 
“Seorang Muadzin diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya” (HR Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shahih AL Jaami’ no. 1929)
 
11.  Solat wajib,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا مَا تَقُولُ ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا قَالَ فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا
 
“Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, pa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab: Tidak sisa sedikitpun kotorannya. Beliau bersabda: sholat lima waktu menjadi sebab Allah hapus dosa-dosa” (HR. Al Bukhari).
 
12. Memperbanyakkan  sujud,
 
dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

عَلَيْكَ بَكَثْرَنِ السُّجُوْدِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً وَ حَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيْئَةً
 
“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, karena tidaklah kamu sekali sujud kepada Allah kecuali Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa)” (HR Muslim).

13. Solat malam atau Tahjjud dengan Qiamullail,

dengan dalil:

عَلَيْكَ بِقِيَامِ اللَيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ لَكُم لإِلَى رَبِّكُمْ وَ مُكَفِّرَةٌ للسَّيْئَاتِ وَ مَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ

“Hendaklah kalian sholat malam, karena ia adalah adat orang yang sholeh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Robb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa” (HR Al Haakim, dan dihasankan Al Albani dalam Irwa’ Al Ghalil 2/199).

14. Berjihad dijalan Allah,

dengan dalil:

يُغْفَرُ للشَّهِيْدِ كُلَّ ذَنْبٍ إلاَّ الدَّيْن

“Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutang” (HR Muslim)

15. Mengiringkan haji dengan umrah,

dengan dalil:

تَابِعُوْا بَيْنَ الحَجِّ وَ الْعُمْرَةِ فَإِنَّ مُتَابَعَةَ بَيْنَهُمَا تَنْفِيْ الْفَقْرَ وَ الذُّنُوْبِ كَمَا تَنْفِيْ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ

“Iringi haji dengan umroh, karena mengiringi antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi” (HR Ibnu Majah dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no,2899)

16. Sedekah,

dengan dalil:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرُُ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Baqarah: 271)
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pun bersabda:

الصَّدَقَةُ تُطْفِىءُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِىءُ الْمَاءُ النَّارَ

“Shadaqah menghapus dosa seperti air memadamkan api” (HR Ahmad, Al Tirmidzi dan selainnya dan di-shahih-kan Al Al Bani dalam Takhrij Musykilat Al faqr no. 117)

17. Menegakkan hukum hudud yang  sesuai dengan syariat Islam,

dengan dalil:

أَيُّمَا عَبْدٍ أَصَابَ شَيْئَاً مَمَا نَهَى اللهُ عَنْهُ ثُمَّ أُقِيْمَ عَلَيْهِ حَدُّهُ كَفَرَ عَنْهُ ذَلَكَ الذَّنْبُ

“Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum hudud maka dihapus dosa tersebut” (HR Al Haakim dan dishohihkan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no,2732) 

Sumber:  syabaabussunnah.co.cc