ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Monday 2 September 2013

WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Begitu juga berdo’a kepada Allah s.w.t .  Ada waktu-waktu mustajab do’a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.  Menurut Ibn Atha’, do’a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap do’a itu ialah berdo’a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

Waktu mustajab untuk do’a ialah:
  1. Berdoa sewaktu hujan turun.
  2. Ketika hendak bersolat.
  3. Selesai membaca al-Fatihah dalam solat. 
  4. Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.  
  5. Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir. 
  6. Waktu di antara azan dan iqamah. 
  7. Ketika sujud dalam solat. 
  8. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.  
  9. Selesai solat fardu.  
  10. Sepanjang waktu berpuasa. 
  11. Ketika khatam 30 juz al-Qur’an. 
  12. Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a. 
  13. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. 
  14. Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah. 
  15. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah. 
  16. Ketika iman meningkat kerana berbuat taat. 
  17. Waktu menerima ujian.  
  18. Ketika berperang kerana Allah.
  19. Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah. 
  20. Selepas saat kematian seseorang. 
  21. Ketika ayam berkokok. 
  22. Lailatul Qadr (10 mlm terakhir bulan Ramadhan)
  23. Semasa solat fardu 
  24. Ketika minum air zam-zam
  25. Ketika terjaga dari tidur malam (tengah malam)
  26. Ketika berbuka puasa bulan Ramadhan
  27. Ketika majlis ilmu
  28. Ketika iktikaf di masjid
  29. Ketika sujud
  30. Doa pemimpin yang adil
  31. Ketika di bukit Safa dan Marwah
  32. Doa orang yang dizalimi
  33. Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah
  34. Doa ibu bapa kepada anaknya
  35. Doa anak yang soleh kpd ibu bapanya 
  36. Doa di padang Arafah (khususnya ketika Wukuf Haji)

No comments:

Post a Comment