ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Sunday 13 May 2012

DARIPADA AL-QURAN: PELBAGAI JENIS SOLAT

Berikut adalah antara ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan mengenai pelbagai jenis solat:

  • Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kami mengingatai Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebi baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan dan carilah kurnia Allah SWT. Dan ingatlah Allah SWT banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al Jumu'ah : 9-10)

  • Apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasa solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir. (An Nisaa' : 101)

  • Pada sebahagian malam hari, bersolat Tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (Al Israa' : 79)

  • Wahai orang-orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah pada malam hari (untuk bersolat), kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. (Al Muzzammil : 1-4)

  • Hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati. Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Juga orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk tuhan mereka. (Al Furqaan : 63-64)

  • Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (kami), mereka tunduk sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedangkan mereka tidak menyombongkan diri. Perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedangkan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. (As Sajdah : 15-16)

  • Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat (untuk solat dengan khusuk) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. (Al Muzzammil : 6)

  • Apabila kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian jika kamu telah aman, maka sebutlah Allah SWT (solatlah) sebagaiman Allah SWT telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al Baqarah : 239)

  • Apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu kamu hendak mendirikan solat bersama mereka, maka hendaklah sebahagian daripada mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata. Kemudia jika mereka (yang bersolat bersamamu) sujud (setelah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang sebahagian yang kedua yang belum solat, lalu bersolatlah mereka bersamamu, dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata. (An Nisaa' : 102)

  • Janganlah sekali-kali kamu menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah SWT dan RasulNya, dan mereka mati dalam keadaan fasik. (At Taubah : 84)

  • Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah SWT, dan Allah SWT akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT, kecuali sedikit sekali. (An Nisaa' : 141)

  • Kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang lalai dari solatnya. (Al Maa'uun : 4-5)

  • Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan. (Maryam : 59)

No comments:

Post a Comment