ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Thursday 19 April 2012

DARIPADA AL-QURAN: KEUTAMAAN SOLAT DAN PERINTAH KHUSUK

Berikut adalah antara ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan mengenai keutamaan solat dan perintah khusuk:

  • Sesungguhnya Aku ini adalah Allah SWT, tidak ada Tuhan (yang berhak di sembah) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. (Thahaa : 14)

  • Sesungguhnya orang yang sentiasa membaca kitab Allah SWT dan mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami Anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak rugi. (Faathir : 29)

  • Mohonlah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sesungguhnya berat, kecuali bagi orang-orang yang khusuk. (Al Baqarah : 45)

  • Wahai oranmg-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar. (Al Baqarah : 153)

  • Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah SWT (solat) adalah lebih besar (keutamannya daripada ibadah-ibadah yang lain) Dan Allah SWT mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al 'Ankabuut : 45)

  • Katakanlah, "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan. Dan luruskanlah mukamu (dirimu) setiap solat dan sembahlah Allah SWT dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepadaNya. Sebagaiman Dia telah menciptakan kamu pada permulaan, (demikian juga) kamu akan kembali kepadaNya. (Al A'raaf : 29)

  • Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solatnya). Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna dan orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. (Al Mukminuun : 1-5)

  • Peliharalah segala solat(mu) dan (peliharalah) solat wustho. Berdirilah kerana Allah SWT (dalam solatmu) dengan khusuk. (Al Baqarah : 238)

  • Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran), dan mereka selalu memelihara solatnya. (Al An'aam : 92)

  • Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah dan kedekut. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah, dan jika mendapat kebaikan ia kedekut, kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya. (Al Ma'aarij : 19 - 23)

  • Janganlah kamu mengeraskan bacaan solatmu dan janganlah kamu merendahkannya serta carilah jalan tengah di antara kedua-duanya itu. (Al Israa' : 110) 

No comments:

Post a Comment