ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Thursday 17 January 2013

SURAT MESYUARAT MAULIDURRASUL 1434H

Jawatankuasa Masjid Annur,
Kampung Parit Rambai,
Rambah, 82000 Pontian,
Johor Darul Takzim.


MANPR/2012/01/ (       )
17 Januari 2013


Tuan/Puan,
Yang dihormati semua ahli jawatankuasa
Sambutan Maulidurasul Kampung Parit Rambai Tahun 2013


Tuan/Puan,

السلام عليكم


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MAULIDURRASUL KAMPUNG PARIT RAMBAI, TAHUN 2013 KALI KEDUA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk dan berkaitan.

2.         Sehubungan dengan itu semua ahli jawatankuasa Sambutan Maulidurrasul Kampung Parit Rambai Tahun 2013 dipersilakan hadir ke mesyuarat tersebut untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan. Mesyuarat berkenaan diadakan mengikut ketetapan berikut:

            Tarikh             :           20 JANUARI 2013
            Hari                 :           HARI AHAD MALAM ISNIN
            Tempat           :           SURAU PARIT RAMBAI ULU, PONTIAN, JOHOR
            Masa               :           09.00 MALAM

3.       Agenda mesyuarat:
3.1.        Ucapan pengerusi Masjid Annur..
3.2.        Laporan kutipan sumbangan/derma/tajaan
3.3.        Perbincangan mengenai acara/aktivi sambutan
3.4.        Perbincangan mengenai jamuan
3.5.        Tugas setiap AJK
3.6.        Hal-hal lain.
3.7.        Ucapan penangguhan.

4.         Keperihatinan, kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.



Saya yang menurut perintah,

………………………………………
(HASAN B KASMURI)
Setiausaha

No comments:

Post a Comment