ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Saturday 10 August 2013

MENYAMBUT SYAWAL DENGAN BERMARHABAN KELILING KAMPUNG

Kami mengambil kesempatan merayakan ketibaan 1 Syawal dengan menumpukan sebahagian  penghayatan sambutan dengan bernarhaban keliling kampung. Aidilfitri adalah hari mengeratkan tali siturrahim dan kasih sayang sesama jiran tetagga dan penduduk sekampung. Harapan kami agar dengan bermarhaban keliling kampung ini boleh membawa kepada kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Seterusnya dengan bermarhaban ini dapat mengukuhkan persaudaraan dan silaturrahim melalui ucapan salam aidilfitri, berziarah, bermaafan dan berselawat.

Bermarhaban keliling kampung ini dimulakan selepas solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal (8 Ogos 20130. Bersambung selepas solat fardhu Dzohor dan bersambung lagi selepas solat fardhu Asar. Selepas solat fardhu Isyak, kami ziarah lagi keliling kampung sehinga pukul 11.00 malam. Esoknya kami keliling kampung lagi selepas solat fardhu Jumaat. Insyaallah, kesemua rumah di kawasan Parit Rambai Hilir telah kami kunjungi kecuali rumah yang penghuninya tiada di rumah atau yang balik kampung.

Kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli kariah yang silih berganti menyertai kami bermarhaban keliling kampung ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Doa bermarhaban keliling kampung:

"Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia Rasul dan juga atas sekelian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah Tuhan yang mentadbir seluruh keadaan. Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi. Dengan limpah dan kemurahan-Mu tukarkanlah apa kiranya keadaan kami ini kepada sebaik-baik keadaan. Berkatkanlah kami dan sekelian kaum muslimin bersempena dengan bulan Syawal ini. 

Ya Allah wahai Tuhan yang Dialah sebaik-baik tempat dihadapkan permohonan. Perkenankan apa kiranya doa permohonan kami ini dan kurniakanlah lagi peluang bagi kami menemui bulan Syawal ini kepada kami dari tahun demi tahun hingga beberapa masa. 

Dan kami mohon semoga Tuhan kami berkati tuan rumah ini ...............................,  serta lanjutkan umurnya dalam iman, mendapat rezeki halal dan diselisihkan daripada rezeki haram. Mohon limpah rahmat-Mu jua ya Alah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Barang dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad dan sekelian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam."





































No comments:

Post a Comment