ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Friday 2 December 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR, KAMPUNG PARIT RAMBAI, PONTIAN, JOHOR

Masjid Quba ialah masjid yang pertama dibina dalam sejarah Islam. Tarikhnya ialah pada 8 Rabiul Awal tahun ke 14 kerasulan Nabi Muhammad SAW. Tempatnya ialah di Quba iaitu kira-kira 4 kilometer dari Masjid Nabawi. Ianya berlaku ketika perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Nabi SAW berhenti di Quba dan mengangkat batu yg berat. Sahabat berasa kasihan dan meminta Nabi saw supaya berhenti tetapi Nabi SAW meminta mereka membantu. Akhirnya terbinalah sebuah masjid yg tidak berbumbung kecuali di bahagian kiblatnya. Pelepah-pelepah kurma digunakan untuk elindungi para jemaah daripada kepanasan matahari dan tiupan angin yang sejuk. Itulah sejarah pembinaan masjid.

Antara fungsi masjid adalah seperti berikut:
  • Tempat orang-orang Islam beribadah terutamanya mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain; 
  • Tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan-pendidikan yang memberi faedah kepada ahli kariah yang beragama Islam; 
  • Tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan Agama Islam; 
  • Tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama oleh pensyarah atau penceramah yang dibenarkan Majlis Agama Islam.
  • Pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan arahan daripada Majlis Agama Islam.
  • Tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan.
  • Apa-apa jua fungsi lain yang berkaitan dengan kegiatan agama Islam sebagaimana diluluskan oleh Majlis Agama Islam dari semasa ke semasa.

Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan institusi masjid dituntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa. Blog Masjid Annur ini adalah sebahagian daripada usaha kecil kami untuk sama-sama berperanan agar rumah ibadat ini sentiasa hidup dan memberi impak yang besar kepada kemajuan ummah sejagat. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment