ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Thursday 3 July 2014

PROJEK PEMBESARAN MASJIDIL HARAM

Kerajaan Arab Saudi telah memulakan projek mega pembesaran terbesar Masjidil Haram di Mekah. Ianya adalah untuk meningkatkan kapasiti jemaah - sehingga dikatakan mampu menampung jemaah seramai 10 juta orang.

Setakat ini belum dapat dipastikan kos sebenar bagi penambahan ruang 400,000 meter persegi di masjid yang bersejarah ini. Jangka masa projek akan berjalan juga belum dapat dipastikan kerana ianya melibatkan fasa demi fasa yang setiap satunya tidak dapat dijangka.


Masjidil Haram adalah tarikan utama bagi lebih dari 6 juta jemaah yang memasuki Mekah setiap tahun. Projek pembesaran ini dikatakan sebagai anak kunci utama program transformasi memodenkan salah satu kota tertua di rantau ini. Pembangunan selepas itu adalah pemodenan berterusan terhadap kota Mekah yang akan menyaksikan tumbuhnya bangunan pencakar langit, jalinan jalan keretapi serta sistem jalan raya yang lebih tersusun. Adalah dijangkakan Mekah akan mempunyai lebih 130 buah bangunan pencakar langit tidak lama lagi. 

Masjidil Haram yang binaannya mengelilingi Kaabah, telah wujud berabad-abad sebelum kedatangan Rasulullah saw sebagai Nabi dan Rasul di akhir zaman. Di zaman Baginda. Masjidil Haram dan Kaabah dibersihkan dari segala jenis berhala dan patung penyembahan orang-orang musyrikin. Tegaklah masjid ini sehingga kini dengan melalui pelbagai bentuk perubahan, pengubahsuaian serta pembesaran. 

Projek pembesaran yang terakhir ini akan termasuk pembinaan jejambat mega bagi pejalan kaki serta mempunyai lebih ruang teduh untuk melindungi jemaah dari matahari. Kerajaan Arab Saudi telah melabur berbilion-bilion dolar pada tahun-tahun kebelakangan ini dalam usaha memberikan keselamatan dan keselesaan bagi berjuta-juta jemaah haji dan umrah. 


Kesesakan lalu lintas di Mekah merupakan suatu yang sangat diperkatakan terutama ketika bulan Ramadhan dan musim haji. Untuk itu, satu rangkaian perkhidmatan keretapi berharga $1.8 bilion telah dilancarkan pada tahun lepas bagi menghubungkan lokasi di sekitar Mekah. Ianya diharapkan mampu memberi keselesaan terbaik dalam sektor pengangkutan awam. Manakala satu lagi projek iaitu Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain yang akan menghubungkan bandar-bandar suci Mekah dan Madinah dan lain-lain bandar utama sudah pun dilancarkan. 

Projek memperluas ruang sembahyang di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah menelan belanja lebih RM63 bilion manakala enam pembinaan projek hartanah juga kini dilaksanakan di sekitar Masjidil Haram dianggar lebih RM46 bilion. 

Selepas segala projek itu selepas kawasan ibadat Masjidil Haram dijangka mencecah lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu masa. 

Demi melaksanakan projek itu, 1,000 hartanah di kawasan Al-Shamiya dimusnahkan dan kira-kira RM5.5 bilion diperuntukkan sebagai pampasan kepada pemilik hartanah yang diambil alih untuk digunakan sebagai kawasan ibadat baru Masjidil Haram. 

Proses menebus tanah itu bagaimanapun tidak lari daripada kontroversi apabila pemilik hartanah Al-Shamiya menolak pampasan RM13,000 hingga RM17,500 semeter persegi yang dianggap terlalu rendah. 


Projek lain
  • Jabal Khandama di timur Masjidil Haram membabitkan pembinaan beberapa menara hotel. 
  • Jabal Omar di barat daya Masjidil Haram dibangunkan dengan membina kediaman baru yang boleh menampung 100,000 penduduk dengan kawasan ibadat berhawa dingin manakala tanpa   hawa dingin 120,000 jemaah.
  • Kawasan di tenggara Masjidil Haram membabitkan sekitar Hospital Ajyad dengan rancangan membina hospital berteknologi tinggi dan pusat perubatan tambahan.
  • Lebuh raya Raja Abdul Aziz di timur masjid akan menjadi pusat kemudahan pengangkutan jemaah dan penduduk ke kawasan masjid.
  • Projek di selatan Masjidil Haram pula akan meningkatkan ruang ibadat daripada 1,170 kepada 30,000 meter persegi dan menyediakan ruang yang mampu menampung 1,000 kereta pada satu masa.
  • Menara Abraj Al Bait yang mengandungi tujuh menara terletak di kawasan selatan Masjidil Haram diubahsuai dengan ketinggian 595 meter dan lantai seluas 15.6 juta kaki persegi, ia bakal menjadi bangunan terbesar dunia apabila siap tahun depan. 
  • Selain itu kawasan Abraj Al Bait juga akan dibangunkan dengan kediaman yang mampu menampung 65,000 penduduk, memiliki pusat persidangan dan empat menara jam tertinggi setinggi 380 meter dan menjadikan ia jam tertinggi di dunia.

No comments:

Post a Comment