ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Sunday 7 July 2013

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID

Pagi ini ahli kariah Parit Rambai Hilir sama-sama berganding bahu gotong-royong menjalankan aktiviti membersihkan kawasan masjid dan membersihkan tanah perkuburan. Membersihkan kawasan tanah perkuburan diserahkan kepada kaum Adam manakala kerja-kerja membersihkan kawasan masjid dipertanggungjawabkan kepada kaum Hawa. Masjid yang bersih memberi keselesaan dan kesempurnaan untuk kita beribadat lebih-lebih lagi Ramadhan Almubarak bakal tiba. Pada bulan itu, lebih banyak masa para jemaah berada di masjid terutamanya pada waktu-waktu solat Maghrib, solat Isyak, solat Tarawikh, bertadarus al-Quran, Qiamulail dan solat Subuh. Syukur alhamdulillah, menjelang tengahari semua kerja-kerja pembersihan telah selesai.







No comments:

Post a Comment