ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Monday 8 July 2013

PUASA WAJIB DI BULAN RAMADHAN




Firman Allah Ta’ala:



Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) 


Pengertian Puasa:
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 


Syarat wajib puasa: 
  1. Islam   
  2. Baligh   
  3. Berakal   
  4. Berupaya (sihat) 
  5. Bermukim 


Syarat sah puasa:
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Bersih daripada haid & nifas sepanjang hari
  4. Niat 


Rukun Puasa:
  1. Niat - Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
  2. Masa Puasa - Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari 


Faedah puasa:
  1.  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
  2.  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
  3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
  4.  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
  5.  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
  6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
  7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
  8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia 


Sunat-sunat puasa:
  1.  Makan Sahur serta melambatkannya
  2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  6.  Membaca Al-Quran
  7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan 


Perkara makruh ketika berpuasa:
  1.  Berbekam
  2. Mengeluarkan darah
  3. Berkucup
  4. Merasa makanan
  5. Bersugi selepas gelincir matahari
  6. Mencium wangian 


Perkara yang membatalkan puasa:
  1.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  2.  Makan dan minum sepanjang hari
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  5. Keluar darah haid dan nifas
  6. Gila
  7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
  8. Murtad 


Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa:
  1.  Musafir
  2. Sakit
  3. Mengandung dan Ibu yang menyusukanan
  4.  Tua 


Keistimewaan bulan Ramadhan:
  1.  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
  2.  Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
  3.  Iblis dipenjarakan
  4.  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
  5.  Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 


Menghormati bulan Ramadhan:
  1.  Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
  2. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan. 


Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan:


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa qada’ Ramadhan:



Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.


    Doa ketika berbuka puasa:



    Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani. 

     
    Qada’ puasa Ramadhan:
    Qada’ puasa Ramadhan ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’ 

     
    Hukum qada’ puasa Ramadhan:
    Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

    Firman Allah Ta’ala :


    Maksudnya: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184) 


    Waktu qada’ puasa Ramadhan:
    •  Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
    • Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah. 


    Kifarah puasa:
    Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.


    Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah:
    1.  Membebaskan seorang hamba yang beriman
    2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
    3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu. 
     

    Fidyah:
    Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram. 


    Hukum Fidyah:
    Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :


    Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184) 

     
    Sebab-sebab wajib Fidyah:
    1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
    2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
    3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
    4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

    No comments:

    Post a Comment