ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..........SELAMAT DATANG KE BLOG MASJID ANNUR..........SEMOGA AMALAN KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM..........MARI BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.

Saturday 6 July 2013

MAJLIS TAHLIL SEKAMPUNG (PUNGGAHAN)


Syukur alhamdulillah, baru sebentar tadi telah selesai majlis tahlil sekampung (punggahan) sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan almubarak (3 hari lagi). Majlis tahlil khusus untuk kirim arwah diadakan di Masjid Annur bermula jam 6.30 petang hingga majlis selesai lebih kurang pukul 10.00 malam. Majlis yang dipimpin oleh Imam 1, Ustaz Hj. Mohd Sapii b Kadar berjalan dengan baik. Majlis dihadiri oleh ahli kariah Parit Rambai Hilir daripada yang tua sampailah kepada anak-anak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang dapat meluangkan waktu untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah SWT menerima dan memberkati usaha kita ini.











No comments:

Post a Comment